Dr. Faizal angkat sumpah jawatan Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang

Admin
img 20240417 wa0003

GEORGE TOWN – Dr. Faizal Kamarudin mengangkat sumpah jawatan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang yang baharu di hadapan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri pagi ini.

Beliau melafazkan ikrar sumpah jawatan dan rahsia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan di hadapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Majlis turut disaksikan barisan exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Rosli Isa; Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Roslinda Mohd. Shafie; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zabidah Safar serta Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri, Muhamad Azrai Mohamad Zaini.

img 20240417 wa0007
Dr. Faizal Kamarudin ketika mengangkat sumpah jawatan di hadapan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sebentar tadi.

Pelantikan Faizal yang berkuatkuasa pada 15 April 2024 adalah bagi mengantikan mantan Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Dato’ Zulkifli Long yang telah dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang pada penghujung Februari lalu.

Selepas majlis tersebut, Dr. Faizal dijadualkan menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama hari ini.

Difahamkan, Dr. Faizal sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Perlis dan kali terakhir beliau berkhidmat di negeri Pulau Pinang kira-kira 10 tahun lalu.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN