Permit perniagaan buah bermusim boleh dimohon esok

a1b7c0b7 c47a 4fbe add1 72512011b7ce

PADANG KOTA – Permohonan Permit Sementara Bermusim Buah-Buahan di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) boleh dibuat mulai esok 27 Mac sehingga 27 April 2024.

 

Menurut Ahli Majlis bagi MBPP, Tan Soo Siang, permit sementara tersebut adalah untuk perniagaan yang dibenarkan bermula daripada April 2024 sehingga Julai 2024.

 

“Permohonan boleh dikemukakan dalam talian melalui ulesen.mbpp.gov.my bermula esok sehingga 27 April 2024 bagi mendapatkan permit perniahaan buah-buahan bermusim ini.

img 6143

“Sebelum memulakan perniagaan, peniaga perlu mendapatkan suntikan Ty2, peniaga dan pembantu perlu memakai sarung tangan untuk mengelakkan sentuhan terus kepada buah.

 

“Antara syarat lain adalah tidak meletakkan barang perniagaan yang menghalang laluan jalan raya, tidak meninggalkan sisa kulit buah-buahan atas jalan dan dilarang menggunakan sebarang produk polisterin,” ujar Soo Siang dalam satu sidang media di Dewan Bandaraya  dekat Padang Kota tengah hari tadi.

 

Hadir sama, Ahli-ahli Majlis MBPP, Bakar Noordin, Chan Soon Aun, Koay Gaik Kee, Tan Chiew Choon dan Rohaizat Hamid.


Syarat tambahan lain termasuklah tidak membenarkan warga asing menguruskan perniagaan, perlu menggalakkan transaksi tanpa tunai dan mengurangkan plastik skali guna.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD