Profil

BULETIN Mutiara yang mula diterbitkan pada tahun 2010 adalah bertujuan menyalurkan maklumat secara menyeluruh mengenai polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada seluruh rakyat negeri ini.

Penerbitannya adalah di bawah kelolaan Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri Pejabat Ketua Menteri dan penerbitan Buletin Mutiara adalah pada setiap dua minggu.

Selain edisi Bahasa Malaysia, Buletin Mutiara turut diterbitkan dalam edisi Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.