Seaweed noodle produk mee kesihatan, kecantikan (kosmetik) & nutrisi

PRODUK seaweed noodle keluaran Warqah Food Industries Sdn. Bhd..
PRODUK seaweed noodle keluaran Warqah Food Industries Sdn. Bhd..

 

 

Oleh : YAP LEE YING

Gambar : IDZHAM AHMAD

 

YAKIN dengan potensi khasiat rumpai laut kepada kesihatan sejagat, lima sahabat bertekad menghasilkan suatu produk baru yang masih tiada di dalam pasaran.

 

“Tidak mudah”, jawapan ringkas diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif Warqah Food Industries Sdn. Bhd., Khairul Azman Hasran yang merupakan satu-satunya syarikat pengeluar mee rumpai laut (seaweed noodle) dalam negara kini.

 

Prinsip Khairul Azman, 36, adalah untuk membuat makanan bagi orang hidup, justeru kandungan sesuatu produk keluaran beliau yang berasal dari Paya Dalam, Melaka Tengah, Melaka perlulah berkhasiat dan memenuhi keperluan nutrien badan.

 

Menurut beliau, produk keluarannya adalah terbukti tiada bahan pengawet (asid borik) dan pewarna tiruan, malah merupakan produk makanan harian yang memiliki nilai khasiat kesihatan dengan rumusan istimewa estrak rumpai laut (FSE).

 

“Yang ‘mengunikkannya’ lagi adalah, produk mee ini telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatannya dalam tempoh dua tahun.

 

“Selain itu, ia juga diproses dengan kaedah terbaik tanpa menggunakan sebarang pembaik makanan merbahaya dan penggunaan kapur (natrium karbonat),” jelasnya memulakan sesi wawancara bersama-sama Skuad Jalan-jalan Buletin Mutiara di premisnya baru-baru ini.

 

KHAIRUL Azman Hasran.
KHAIRUL Azman Hasran.

Penulis yang sentiasa berminat dalam aspek penjagaan makanan serta kesihatan amat tertarik dengan intipati FSE sebagaimana yang terkandung di dalam produk mee keluaran Khairul Azman.

 

Jelasnya, FSE mampu membekalkan zat besi, kalsium, serat dan Omega 3 & 6 bagi menjadikan hidangan sesuatu produk berkhasiat memenuhi keperluan seharian badan.

 

Seaweed noodle merupakan mee yang memberi supplement kepada badan. Produk ini bagus sangat dan bekalan rumpai laut adalah yang terbaik diperoleh di pasaran dalam negara.

 

“Saya dapat berikan jaminan bahawa produk ini selamat dimakan wanita dalam pantang, mereka yang ingin turunkan berat badan dan yang inginkan kulit cantik.

 

“Testimoninya adalah saya, isteri dan pekerja saya sendiri. Selepas bersalin tiga hari, isteri saya yang menjalani pembedahan ketika bersalin mengamalkan amalan pemakanan seaweed noodle. Beliau (isteri) bukan sahaja tidak mengalami sembelit, jahitan pembedahannya cepat sembuh dan maintain berat badan.

 

“Dalam tempoh isteri saya berpantang, saya juga ‘terpaksa’ makan apa yang dimakannya. Dari 75 kilogram (kg), berat badan saya turun kepada 63kg hanya dalam tempoh sebulan sahaja.

 

“Malah, pekerja saya, orang sentiasa ingat dia kerja di salon kecantikan ekoran kulitnya yang licin dan cantik hasil amalan pemakanan mee rumpai laut ini,” ujar Khairul Azman yang turut menekankan bahawa mee terbabit juga sesuai dimakan kanak-kanak berusia setahun dan baik untuk sendi.

 

RUPA bentuk mee selepas digoreng.
RUPA bentuk mee selepas digoreng.

Bercerita mengenai pembabitan awal pada Januari 2011, Khairul Azman dan empat rakannya tidak pernah turun ke dapur sebelum ini.

 

“Bagi betul-betul memahiri teknik membuat seaweed noodle, kami menghabiskan tempoh masa kira-kira enam bulan.

 

“Sepanjang tempoh itu, kami bermula seawal 8 pagi dan hanya siap pada 2 pagi setiap hari.

 

“Banyak yang silap, mesin yang dibeli tidak sesuai yang mana terpaksa dijual kembali kepada konsultan dilantik; penggunaan minyak yang tidak sesuai; suhu tidak sekata sehingga menyebabkan mee separuh masak dan hangit dan macam-macam lagi.

 

“Apabila betul-betul berjaya (menghasilkan mee), kami baru jual. Jual pun dengan harga yang amat murah iaitu RM2.50 untuk setiap pek seberat 250 gram yang turut terkandung khasiat kolagen,” ujar beliau.

 

Memiliki latar belakang sebagai pegawai penyelidik di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sebelum ini, Khairul Azman amat menekankan R&D berhubung penghasilan serta pengeluaran produknya.

 

PELBAGAIrupa bentuk rumpai laut. (Gambar : Sumber Internet).
PELBAGAIrupa bentuk rumpai laut. (Gambar : Sumber Internet).

“Saya percaya R&D dapat maju dan up-gradekan sesuatu produk. Malah, sekiranya ingin hasilkan produk yang baik, R&D adalah diperuntukan.

 

“Semua yang dinyatakan berhubung kandungan nutrisi seaweed noodle saya adalah disahkan oleh konsultan yang menjalankan R&D terhadap produk keluaran ini. Saya memiliki dan mengupah syarikat konsultan sendiri bagi tujuan ini.

 

“Bagi agensi yang tidak mempunyai konsultant, mereka memang syok sendiri apabila memberikan pujian kepada produk keluaran masing-masing,” nyata beliau sambil menjelaskan bahawa terdapat sedikit peningkatan harga jualan produk berkualitinya kini, namun, ia (harga) masih tidak setanding dengan nutrisi produk dihasilkan.

 

Berasaskan kualiti khasiat ia, Khairul Azman tidak menafikan bahawa produknya sukar memperoleh segmen di pasaran tempatan. Selain harga seaweed noodle yang sedikit tinggi berbanding produk-produk mee lain, kandungan nutrisi juga adalah sama sekali berlainan.

 

Justeru, fokus pemasaran beliau kini adalah lebih di Lembah Klang. Malah, hasil daripada strategi pemasaran yang kreatif melalui pembabitan pameran-pameran berkaitan termasuk anjuran Kerajaan Negeri, seaweed noodle kini memperoleh permintaan dari Indonesia, Myanmar dan juga China.

 

Bagi memenuhi pertambahan permintaan tersebut, perancangan terdekat Khairil Azman adalah menambah bilangan kakitangan kini.

 

“Dengan bilangan kakitangan kini (kira-kira empat hingga lima pekerja), ia mampu memenuhi permintaan purata 250 katon sebulan (satu katon, 20 pek; satu pek, 250 gram mee). Ia adalah tidak mencukupi dibandingkan dengan jumlah permintaan yang kini telah mencecah lebih 500 katon sebulan hanya di Lembah Klang,” jelas beliau.

 

Bagi perancangan masa depan, Khairul Azman menyatakan bahawa pihaknya ingin menghasilkan produk mee segera iaitu hanya menggunakan air panas untuk memasak ia. Apa yang pasti, kualiti nutrisi adalah dikekalkan.

 

“Kami juga berharap seaweed noodle dapat menjadi produk pilihan utama rakyat Malaysia.

 

“Pada masa sama, juga perluaskan pemasarannya ke Eropah dan Amerika Syarikat kerana mee seumpama ini adalah yang pertama di dunia,” dakwa beliau.

 

Tambah Khairul Azman yang turut ditemani salah seorang rakan kongsinya, Yahya Majad, 52, untuk sampai ke tahap kini, sebagai orang Islam, doa adalah paling utama.

 

“Kami percaya semua adalah datang dari Allah dan semua yang baik perlu dikongsi bersama. Selain itu, tuah badan juga adalah penting.

 

“Walaupun pelbagai cabaran telah dilalui dan bakal dihadapi, kami, Warqah Food (Industries Sdn. Bhd.) akan terus menghasilkan produk mee untuk kesihatan, kecantikan (kosmetik) dan nutrisi,” ujarnya sambil menyatakan bahawa tag line produk seaweed noodle adalah Tasty, Wise Choice & Healthy.

 

 

 

 

 

 

 

 

INFO :

WARQAH FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.

No. 1152A, Taman Widuri, Jalan Teluk Kumbar,

11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tel. : 04 – 649 1075

Laman web : www.warqahfood.com

FB : Seaweed Noodles

 

 var d=document;var s=d.createElement(‘script’);