DIHARGAI… Seramai 1,000 kanak-kanak istimewa telah dijemput bagi sama-sama merasai nikmat menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway, Sunway Karnival, Seberang Jaya, di sini baru-baru ini.
Majlis makan tengahari tersebut adalah anjuran Kelab Rotari Seberang Jaya di mana 1,000 kanak-kanak tersebut dijemput dari sekolah-sekolah khas iaitu sekolah cacat penglihatan, bisu, pekak, buta, anak-anak yatim serta golongan miskin di sini.
Pada majlis tersebut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut menyampaikan ‘ang pow’ kepada kanak-kanak istimewa terbabit serta sumbangan khas kepada beberapa badan amal di negeri ini.
Bagi memeriahkan majlis, beberapa persembahan istimewa juga telah disajikan kepada tetamu seperti persembahan alat muzik dan tarian.