TELUK BAHANG – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng diberi peghormatan melepaskan para peserta penganjuran Penang International Triathlon & Duathlon Kelima di sini baru-baru ini.
Guan Eng yang berucap sebelum itu mempelawa kira-kira 1,000 peserta untuk hadir ke penganjuran Fringe Food Festival yang berlangsung dari 28 hingga 30 April lalu di pusat membeli-belah Gurney Paragon.
“Ayuh, nikmati makanan enak Pulau Pinang yang sudah terkenal dan terbaik di seluruh dunia! Jangan lepaskan peluang untuk hadir sempena miggu terakhir penganjuran Penang International Food Festival (PIFF) yang julung kalinya diadakan di sini.
“Selepas anda selesaikan acara triathlon dan duathlon ini, anda turut berpeluang menikmati sajian-sajian enak negeri ini,” ucapnya penuh semangat pada majlis berkaitan.
Guan Eng dalam pada itu turut berjanji untuk meneruskan acara sukan berkaitan pada tahun hadapan.
Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Joseph Ng Soon Siang dan Pengerusi Penganjur, Dr. Lim Seh Guan.
Dalam acara triathlon, para peserta perlu melengkapkan tiga disiplin acara merangkumi renang 1.5 kilometer (km), berbasikal (40km) dan larian (10km).
Manakala bagi duathlon, para peserta cuma perlu melengkapkan disiplin renang dan berbasikal sahaja.
Setiap kategori dibahagikan mengikut umur dan jantina.