BAGAN – Sebagai jentera tambahan dalam menghadapi bencana dan demi keselamatan penduduk Pulau Pinang, sebanyak 1,000 walkie talkie tambahan (daripada 1,000 sedia ada) telah ditempah Kerajaan Negeri untuk pasukan tersebut di sini baru-baru ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, inisiatif tersebut merupakan satu permulaan untuk membantu PPS menjalankan tugas dengan lebih berkesan selepas ini.
“Kita (Kerajaan Negeri) mahu pastikan Pulau Pinang paling selamat di Malaysia dan ini hanya boleh dilakukan dan dicapai dengan bantuan pihak polis dan juga PPS,” ujarnya pada lawatan kerja sehari di kawasan Bagan baru-baru ini di sini.
Bersempena lawatan tersebut, Guan Eng telah melancarkan kegunaan bot-bot keselamatan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pantai Bersih bagi kepentingan serta keselamatan umum.