15 khemah ‘Street Iftar’, Kon Yeow rai 500 komuniti setempat berbuka puasa

Admin

PADANG KOTA – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow lewat petang tadi meraikan kira-kira 500 tetamu termasuk hufaz al-Quran dalam majlis berbuka puasa di bawah 15 khemah sepanjang Jalan Buckingham dekat sini.

Ketika berucap, Kon Yeow menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang komited dalam menjaga kebajikan rakyat yang berbilang kaum serta keamanan negeri.

“Marilah kita kekalkan keunikan Pulau Pinang, bukan sahaja daripada segi kepelbagaian makanan, malah juga persahabatan harmoni antara kaum,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong merangkap Ahli Dewan Undengan Negeri (ADUN) Padang Kota dalam Majlis ‘Street Iftar’ di perkarangan Masjid Kapitan Keling pada 8 Mei 2019.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar & Kesihatan, Dr Afif Bahardin turut berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Beberapa ADUN lain turut sertai majlis sama.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow turut memujuk jawatankuasa masjid atas usaha-usaha yang sangat panjang oleh komuniti India Muslim setempat dalam kerja-kerja memelihara Masjid Kapitan Keling sejak tahun 1798.

Pada majlis sama, Kon Yeow turut mengagihkan sumbangan kepada para hufaz dan golongan asnaf terpilih.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : CHAN KOK KUAN
Video: AHMAD ADIL MUHAMAD