
membantu salah seorang peniaga kecil memakaikan apron yang
disumbangkan di sini baru-baru ini
PENAGA – Selaras dengan visi menjadikan Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat, buat julung kalinya, pasukan gerak kerja Pejabat Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Penaga dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) tempatan telah turun padang mengedarkan apron kepada peniaga-peniaga kecil di sini baru-baru ini.
Pegawainya, Rosidi Hussain berkata, sumbangan apron tersebut merupakan inisiatif JKKK Kampung Bakau Tua.
“Ini merupakan kali pertama, penyerahan sumbangan apron diberikan kepada peniaga-peniaga kecil di sini.
“Sejumlah 15 helai apron telah diedarkan kepada golongan tersebut sekitar Kampung Permatang Bendahari, Pulau Mertajam, Bakau Tua dan Kuala Muda,’’ ujarnya bersempena program turun padang menyampaikan apron kepada peniaga-peniaga kecil di sini baru-baru ini.
Beliau yang hadir bersama Pengerusi JKKK Bakau Tua, Johari Zakaria berkata, beliau akan meneruskan usaha mengenali , mendekati masyarakat setempat dan juga mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk di sini dari semasa ke semasa.