Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
Oleh: ALISSALA THIAN
IKTIRAF… EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow baru-baru ini menyampaikan Sijil Pengiktirafan Index Bangunan Hijau (Provisional Gold Rating) kepada 16 wakil dari pelbagai institusi atas inisiatif mereka menjadikan premis perniagaan atau bangunan milikan mereka berstatus ‘Bangunan Hijau’ mengikut Indeks Bangunan Hijau atau Green Building Index (GBI).
“Kerajaan Negeri sememangnya mengambil berat tentang isu-isu alam sekitar dan melaksanakan segala aktiviti berlandaskan aplikasi teknologi hijau agar pembangunan yang dicapai lebih mapan.
“Sekaligus, ia dapat menjuruskan kepada peningkatan kualiti hidup untuk rakyat,” ujar Kon Yeow pada seminar khas di Cheong Fatt Tze Mansion baru- baru ini.
Hadir sama, mantan Presiden Malaysia Green Building Confederation (MGBC) Ar. Von Kok Leong, Pengerusi REHDA Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing dan Presiden Chinese Chamber of Commerce Pulau Pinang, Datuk Seri Choot Ewe Seng.
Di bawah penarafan GBI, pemaju dan pemilik bangunan kini akan membina dan mereka bentuk bangunan yang lengkap dengan memenuhi standard penarafan hijau iaitu keberkesanan tenaga, mutu persekitaran dalam bangunan, pengurusan dan perancangan kawasan secara lestari, sumber dan material, mutu air serta inovasi.