16 September MBSP sambut Hari Bandaraya, pelbagai acara dianjur – Datuk Bandar

Admin
img 1550 DATUK Bandar MBSP (depan, tengah) bersama-sama barisan pemimpin lain turut mengibarkan bendera Jalur Gemilang sebagai acara kemuncak Program Semarak Merdeka 2024 di perkarangan Tapak Perhimpunan Korporat Menara Bandaraya di sini pada 28 Ogos 2024.

SEBERANG JAYA – Edisi kelima Sambutan Hari Bandaraya Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) 2024 akan disambut pada tanggal 16 September ini, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid memberitahu bahawa sambutan itu sempena memperingati ulang tahun penarafan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai ‘Majlis Bandaraya’ pada tanggal 16 September 2019.

“MBSP merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ke-15 diiktiraf sebagai Majlis Bandaraya di negara ini,” jelasnya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya MBSP di sini pada 28 Ogos 2024.

Sempena perayaan tahunan tersebut, Baderul Amin bersama-sama Setiausaha Bandarayanya, Mohd. Ibrahim Md. Nor serta barisan Ahli Mailis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain akan menganjurkan pelbagai acara dengan melibatkan segenap lapisan warga bandar raya ini.

Berikut adalah antara acara yang akan dianjurkan sempena edisi kelima Hari Bandaraya MBSP 2024;

i. Memperbaharui Ikrar Kakitangan dan Ikrar Kualiti Tahun
2024

ii. Pertandingan Bola Jaring 3 Sebelah Tertutup Kategori
Lelaki Dan Wanita MBSP 2024

iii. Misi K2M @ Gunung Tahan

iv. Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat

v. Pertandingan Memancing

vi. Anugerah Apresiasi Strata Seberang Perai 2024 (APRESS 2024)

vii. Majlis Anugerah Pekerja Contoh MBSP Tahun 2024

viii. Program Derma Darah

Selain itu, Baderul Amin memberitahu bahawa pentadbirannya turut akan menganjurkan Karnival Sambutan Hari Bandaraya MBSP pada 28 September 2024, dengan pelbagai acara seperti berikut;

* Sukan Piala datuk Bandar,

* Ops CroSS Mega,

* Pameran Jabatan-Jabatan MBS,

* Pameran Agensi Luar, Gerai Jualan Makanan & Barangan

* Zon Permainan Kanak-kanak & Sukaneka

* Program Walkabout Makanan Tradisional

* Pertandingan Mewarna

* Pertandingan Congkak & Batu Seremban

* Pertandingan Membuat Kerabu

* Program Karnival Haiwan Kesayangan “Seberang Perai Pet Carnival” (SPETCIAL 2.0) pada 5 Oktober 2024;

* Kuliah Maghrib pada 9 Oktober 2024;

* Hari Terbuka PUSKEB (PUSKIDZANIA) pada 16 Oktober
2024;

* Quality Appreciation Day pada 16 Oktober 2024.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI