GEORGE TOWN – Dalam tempoh Januari 2021 hingga Oktober tahun ini di Pulau Pinang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 17,113 permohonan kewarganegaraan atas pelbagai perkara.
Daripada angka itu, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata sebanyak 188 permohonan telah diluluskan, 864 permohonan telah ditolak, sementara 16,061 permohonan lain sedang diproses.
“Daripada 188 permohonan yang diluluskan, difahamkan sebanyak 40 permohonan dari Indonesia, India (16), Filipina (5) dan beberapa lagi negara yang lain,”
“Selain itu, syarat wajib kelayakan untuk warga asing memohon kewarganegaraan juga terbahagi kepada dua iaitu Kewarganegaraan Melalui Pendaftaran dan Kewarganegaraan Melalui Penaturalisasian,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 di sini pada 29 November 2023.
Menjawab Soalan Lisan daripada ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff lagi, Siew Khim memberitahu bahawa sehingga Oktober 2023 Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya mengeluarkan sebanyak 10,381 keputusan permohonan kewarganegaraan yang mana angka tersebut adalah melepasi petunjuk prestasi utama (KPI).
Dalam perkara berkaitan, Siew memberitahu bahawa syarat wajib kelayakan untuk warga asing memohon kewarganegaraan adalah terbahagi kepada dua iaitu Kewarganegaraan Melalui Pendaftaran dan Kewarganegaraan Melalui Penaturalisasian.
“Jika pemohon tidak mempunyai dokumen-dokumen berkaitan, agak sukar proses permohonanan pengesahan untuk dilakukan.
“Justeru, penglibatan, kerjasama dan komitmen pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Konsulat Negara Asing serta agensi-agensi yang terlibat diperlukan dalam memudahkan proses permohonan kewarganegaraan,” katanya lagi.
Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : ALISSALA THIAN