BAYAN LEPAS – Tiada yang terpinggir. Nasib dua mangsa kebakaran yang mana semua persiapan sambutan Aidilfitri hangus dalam insiden di Kampung Melayu, berdekatan Taman Sahabat di sini baru-baru ini memperoleh perhatian pucuk pimpinan negeri.
Antara yang hadir menghulurkan sumbangan ( termasuk sumbangan peribadi) adalah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain.
Turut serta, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Bayan Lepas, Asnah Hashim, ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bukit Gemuruh dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut Asnah, buat masa ini, penempatan mangsa telahpun diuruskan dan usaha untuk mengumpulkan dana sedang dijalankan.
“InsyaAllah, kita akan bantu mereka terutama bantuan persekolahan buat anakanak mangsa,’’ kata Asnah di sini baru-baru ini.