20 katil ICU Hospital Pulau Pinang perlu diganti – Guan Eng

Admin
img 3514 LIM Guan Eng (berdiri, tiga dari kanan) dan beberapa pemimpin lain menyantuni pesakit semasa melawat Wad 10 Hospital Pulau Pinang di sini pada 23 November 2024.

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimohon membekalkan 20 unit katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinanng dengan anggaran kos keseluruhan hampir RM1 juta.

img 3529
LIM Guan Eng

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng memberitahu Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin bahawa pihaknya akan menulis surat rasmi kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad demi memenuhi keperluan di hospital awam tersebut.

“Kita harap Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggantikan katil ICU kerana di Hospital Pulau Pinang kekurangan katil ICU.

“Jadi, saya akan tulis surat kepada Menteri Kesihatan untuk bantu,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih kepada pemberita, seusai melawat Wad 9 dan 10 Hospital Pulau Pinang pada 23 November 2024.

Selain Dr. Fazilah, ADUN Air Itam, Joseph Ng Soon Siang; ADUN Batu Lancang, Ong Ah Teong; ADUN Bagan Jermal, Chee Yeeh Keen; Ahli Dewan Negara, Dr. A Lingeshwaran; Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr. Goh Hin Kwang; dan Penasihat Eksekutif Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping turut sertai sidang media tersebut.

img 3538
TAN Kok Peng

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng turut memuji inisiatif Kok Peng atas sumbangan peribadi iaitu 100 unit katil pesakit kepada Hospital Pulau Pinang, dengan nilai keseluruhan kira-kira RM357,500.

Baginya sumbangan peribadi sebagaimana dilakukan oleh ahli perniagaan berkenaan seharusnya dilihat oleh KKM serta mendorong kementerian membekalkan 100 unit katil ICU yang diperlukan di Hospital Pulau Pinang ketika ini.

“Melihat Tan Sri Tan Kok Peng menyumbang 100 katil (pesakit)…50 katil yang akan diberikan kelak, kita harap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membekalkan 20 katil ICU bernilai hampir RM1 juta.

“(Sumbangan 20 katil ICU) ini untuk rakyat Malaysia dan warga negeri Pulau Pinang,” katanya.

img 3535
DR. Goh Hin Kwang (kiri) dan Joseph Ng Soon Siang turut sertai sidang media berkaitan di sini tadi.

Menjawab soalan pemberita selepas itu, Dr. Goh memberitahu bahawa jumlah katil di Hospital Pulau Pinang secara keseluruhannya berjumlah 1,163 unit yang mana 1,000 katil biasa, 100 unit katil ICU dan baki 63 unit lagi adalah katil pesakit kanak-kanak.

“Jumlah katil ICU adalah 100 unit, biasanya selepas 10 tahun memang ada yang rosak dan kena ganti katil-katil ini.

“Terima kasih kepada penyumbang dan wakil rakyat yang mana penggantian katil pada kali ini sejumlah 100 unit dan akan datang lagi 50 katil lagi,” jelasnya lagi.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB