200 asnaf terima sumbangan Aidilfitri, kongsi nikmat Ramadan

e7e4c71c 1853 4e51 95f8 047d5cec1b38

GEORGE TOWN – Genap hari ke-19 Ramadan, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hadir meraikan 200 asnaf pada Majlis Sumbangan Aidilfitri dan Pelancaran Produk Terbaru Gani Famous Pasembur serta Majlis Berbuka Puasa di sini sebentar tadi.

Semasa berucap, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Gani Famous Pasembur atas sumbangan bantuan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan ini.

59ce8580 3ca0 45ec 8156 c3c8fd250355“Kita (Kerajaan Negeri) sentiasa menyokong usaha untuk memastikan tiada golongan yang tercicir serta menyediakan pelbagai program dan inisiatif bagi memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada semua rakyat Pulau Pinang.

221d745f 30bd 411f 93ca bdf8aa2967e1“(Dan) saya difahamkan pada hari ini, seramai 200 penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan turut diraikan dengan berbuka puasa bersama serta menerima bantuan duit raya bernilai RM150 seorang.

“Selain itu, sebanyak RM3,000 juga akan disumbangkan kepada Pertubuhan Dalam Komuniti Permatang Damar Laut dan dua Pusat Maahad Tahfiz yang berada di kawasan ini dalam menyediakan kemudahan lebih baik kepada para pelajar yang sedang mendalami ilmu agama khususnya.

“Justeru, adalah diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk membeli barangan keperluan khususnya sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba,” ujarnya pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Pengarah Urusan Gani Famous Pasembur, Jamil Kader Gani; Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Dato’ Seri Haja Najmudeen Kader; Presiden Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia, Dato’ Seri Jajakhan Kader Gani; Penaung Persatuan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil, Azmin Seni Mohamed serta dif-dif kehormat lain.

Menyentuh mengenai pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Kon Yeow turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa menyokong sektor berkaitan yang telah menjadi tulang belakang ekonomi negeri dan negara.

32cd1bf6 d28d 4a76 be1c 98631bd63976“Gani Famous Pasembur telah menonjolkan identiti makanan tempatan dan berkembang maju bukan sahaja di Pulau Pinang, malahan juga ke seluruh negara dengan pengenalan pek ‘ready to eat’ terbaru.

e257a2fb ec1e 42fe 8117 1064c6c37e0d“Saya juga yakin bahawa kejayaan (Gani Famous Pasembur) adalah hasil kerja keras, inovasi dan semangat keusahawanan yang tinggi serta wajar dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk terus berusaha mengembangkan perniagaan mereka.

“Malah, Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan usahawan PKS di negeri ini dengan meneruskan pelbagai bantuan serta inisiatif melalui jabatan dan agensi yang terlibat terutamanya dalam usaha mempromosikan produk secara dalam talian, dan tidak hanya bergantung kepada penjualan secara fizikal semata-mata.

“Maka, ayuh kita bersama-sama terus memberi sokongan kepada produk-produk tempatan serta memperkukuhkan sektor perniagaan negeri agar dapat menaikkan nama Pulau Pinang dalam bidang dan kesenian makanan,” serunya lanjut.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

Video : ALISSALA THIAN