24 tandas awam negeri bertaraf 5 bintang

 

 

ANTARA pemenang Kempen Tandas Bersih Peringkat Negeri Pulau Pinang ceria menunjukkan replika kemenangan di sini baru-baru ini.
ANTARA pemenang Kempen Tandas Bersih Peringkat
Negeri Pulau Pinang ceria menunjukkan replika kemenangan
di sini baru-baru ini.

 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Sebanyak 24 tandas awam seluruh Pulau Pinang menerima taraf lima bintang bagi pelbagai ketegori pada Majlis Penutup Kempen Tandas Bersih Peringkat Negeri baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, kempen kendalian bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu dilancarkan sejak awal tahun ini bagi meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan komuniti.

“ Kebersihan adalah keimanan…kebersihan tandas bukan sahaja mencerminkan kebersihan sesebuah negara.

“Tetapi, merupakan salah satu cara untuk menunjukkan sama ada masyarakat itu cukup bertamadun sehingga ukuran prestasi mana-mana institusi atau pertubuhan kini bermula dengan kebersihan tandas,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh dan Lim Hock Seng antara Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir, Yang Dipertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail, Maimunah Mohd. Sharif (Y ang Dipertua MPSP), John Loh (Timbalan Yang Dipertua Persatuan Tandas Sedunia) dan Kenny Koay ( Pengerusi Jawatankuasa Protem Quality Restroom Association Malaysia Pulau Pinang).

Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM500,000 bagi menjayakan kempen tersebut bagi tahun ini. Daripada jumlah tersebut, beliau berkata, RM385,000 dibelanjakan untuk menaiktaraf enam tandas di MPPP, manakala, RM48,000 untuk program dan aktiviti  kempen tandas bersih di MPSP.