3 lif Flat Kg. Melayu dinaiktaraf

WONG Hon Wai (berdiri, kanan sekali) mengedarkan risalah kepada para penduduk Flat Kampung Melayu di sini baru-baru ini.
WONG Hon Wai (berdiri, kanan sekali) mengedarkan risalah kepada para penduduk Flat Kampung Melayu di sini baru-baru ini.

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

AIR ITAMJulung kali dalam tempoh 10 tahun, tiga unit lif Blok A, Flat Kampung Melayu yang sebelum ini tidak memperoleh perhatian kerajaan era Barisan Nasional akhirnya berjaya dinaiktaraf Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di sini.

Penaiktarafan membabitkan kos RM627,500 tersebut adalah di bawah peruntukan khas projek naiktaraf flat-flat di bawah Kerajaan Negeri.

Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai berkata, bagi kerja-kerja penaiktarafan lif-lif baru tersebut, Kerajaan Negeri menggunakan bahan tahan karat bagi memastikan ia (lif) tahan lebih lama.

“Selain lif di Flat Kampung Melayu, Kerajaan Negeri turut menaiktaraf lif di dua flat di Blok B Flat Padang Tembak dan flat di Gat. Lebuh Downing di sini,” katanya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam di sini baru-baru ini.

WONG Hon Wai (dua dari kiri) memotong reben sempena perasmian lif baru Flat Kampung Melayu
WONG Hon Wai (dua dari kiri) memotong reben sempena perasmian lif baru Flat Kampung Melayu