30 destinasi pelancongan sempena musim cuti sekolah, paling menarik ‘laut mati’ Pulau Pinang

ae3500e5 94c5 46fc 93e5 e7f8d34c5060 ‘KOLAM air paling masin di dunia’ di Escape Park ini diilhamkan dari Laut Mati dekat negara Jordan.

TIDAK perlu disebut lagi, bahawa Pulau Pinang merupakan antara negeri yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi seisi keluarga sempena musim cuti sekolah bermula 9 Februari hingga 10 Mac depan.

Bertambah meriah dan bermakna adalah musim cuti sekolah pada kali ini adalah seiring dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada tanggal 10 dan 11 Februari 2024.

289db28e 4bda 45fa 8793 9b75379bc12c
BAHANG sambutan Tahun Baru Cina kian dirasai sekitar bandar raya George Town, kalau dilihat pada dekorasi jalan-jalan tumpuan pelancong pada tengah malam tadi.
img 7558
MUHAMAD Amir Irsyad Omar merakamkan gambar kenangan berlatar belakangkan menara Masjid Melayu Lebuh Acheh di George Town pada malam tadi.

Pada petang semalam (5 Februari 2024), wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB bersama-sama jurugambar, MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR dalam tinjauan lapangan berkesempatan menyenaraikan sebahagian tempat menarik tersebut.

Moga-moga senarai destinasi pelancongan negeri ini boleh dijadikan kompas pengembaraan buat mereka yang memang telah merancang untuk membawa seisi keluarga makan angin di negeri yang terkenal dengan jolokan ‘Pulau Mutiara’ ini nanti.

78e810cd 5083 4536 8072 fd3f84b615de
KERETAPI funikular di Bukit Bendera.

1. Bukit Bendera
Di destinasi pelancongan tanah tinggi ikonik negeri dan negara tersebut ada 52 buah banglo yang berusia lebih 100 tahun, antaranya rumah agam dengan ciri-ciri warisan ketara tinggalan era kolonial Inggeris.

Untuk sampai ke puncak, sama ada menaiki kereta api kabel atau funikular ataupun menelusuri denai rimba dengan ditemani kicauan habitat belantara serta harum pokok hutan. Ada kadar istimewa untuk pengunjung bertaraf warganegara.

Pada 10 hingga 13 Februari 2024, ada disediakan perkhidmatan bas pengantara percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina, dari Stesen Bas Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) ke Stesen Bawah Bukit Bendera di sini.

Datang awal, sekitar 6.00 pagi jika mahu merasai suasana sejuk dingin mendakap tubuh di puncak bukit, paling menarik menikmati pemandangan bandar raya George Town dari anjung ‘Skydeck’ di sini.

img 7595
MELUNCUR di udara dekat The Habitat.

2. The Habitat
Kalau dah sampai Bukit Bendera, tidak lengkap rasanya pengembaraan jika tidak menjejakkan kaki ke The Habitat.

Berlatar belakang rimba, di sini ada honeymoon zip iaitu aktiviti meluncur dari udara sepanjang 80 meter (m) dari satu pelantar ke satu pelantar lain – ada lima pelantar dengan panjang keseluruhan 250m; satu pelantar penurun (abseiling); lalu pengalaman meniti titi gantung.

Menelusuri rimba hijau dengan menaiki zipline atau flying fox di sini mungkin akan meledak adrenalin dalam tubuh kalian. Pastikan kalian merakamkan gambar kenang-kenangan di Langur Way Canopy Walk.

Tak rugi bertandang ke sini kerana pengunjung juga dapat menikmati pemandangan ‘Western Hill’ dan Laut Andaman yang terbentang luas lagi indah.

img 7599
LALUAN pejalan kaki untuk ke CEMACS, Hutan Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang.

3. Taman Negara Pulau Pinang
Terletak di Teluk Bahang, jangan lupa bawa anak-anak mandi rimba di sini, sebelum membawa mereka ke Pusat Kajian Samudera dan Pantai atau akronimnya SEAMEC.

img 7598
KOLEKSI berharga…’Star of Penang’ (Luidia Penangensis) yang pertama kali ditemui pada tahun 1891 dan hanya di Pulau Pinang oleh de Loroil, ada di CEMACS.

Boleh sampai ke institusi di bawah Universiti Sains Malaysia (USM) itu sama ada dengan menelusuri jalan rimba, atau menaiki bot sewa.

Dengan adanya Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut di sini, pengunjung sudah boleh membayangkan keistimewaan pantai dekat Taman Negara ini.

Ada perkhidmatan lawatan pulau-pulau (island hopping) di pintu masuk ke Taman Negara di sini, kalau nak singgah ke Teluk Kampi.

img 7603
GAMBAR dari atas Rumah Api Muka Head. | Foto: Jabatan Marin

Pengunjung melalui jalan rimba pula, teruskan pendakian biar sampai ke Rumah Api Muka Head. Dari pintu masuk utama Taman Negara Pulau Pinang, jarak perjalanan kira-kira 4.7 kilometer (km), yang mana biasanya akan mengambil masa sekitar 2 jam sahaja. Mencabar tapi berbaloi!

Dibina pada tahun 1884, pada ketinggian 242m dari paras laut, mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke menara rumah api ini boleh menikmati pemandangan 360 darjah – melihat bukan sahaja Pulau Langkawi, Kedah, malah tanah besar Sumatera dekat Republik Rakyat Indonesia. Bayangkan!

d74edc77 def3 4b7f 90b9 006732003e3c
TAMAN tema air di Escape Park, Teluk Bahang antara destinasi tumpuan semasa musim cuti sekolah.

4. Taman Tema Escape
‘Taman Tema Air Seisi Keluarga’ ini terletak di Teluk Bahang juga, tak jauh dari Taman Negara Pulau Pinang di sini.

Selain pelbagai kemudahan rekreasi air, paling unik di sini adalah ‘kolam air paling masin di dunia’. Padanlah tempat unik ini diberi nama, Kolam Laut Mati yang diinspirasikan dari Laut Mati dekat negara Jordan.

Mereka yang ada penyakit darah tinggi, elok mengambil gambar kenang-kenangan sahaja di sini.

5. Pantai Batu Feringghi, Monkey Beach
Difahamkan Monkey Beach adalah sebahagian dari pelingkungan Taman Negara.

Pemandangan yang tenang dari hirup-pikuk kota raya di sini sedikit banyaknya memang memberi ketenangan kepada pengunjung, sungguhpun pantai tersebut tak pernah sunyi dengan kehadiran habitat rimba seperti monyet.

Dari Taman Negara Pulau Pinang menuju ke George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO, jalan raya di lereng bukit akan membawa pengunjung menikmati persisiran pantai yang begitu indah, antaranya Pantai Batu Feringghi dan Pantai Tanjung Bungah.

img 76046. Tropica Spice Garden
Berjarak kira-kira 4km dari Taman Negara Pulau Pinang dekat Teluk Bahang menghala ke Batu Feringghi dan George Town, ada Tropica Spice Garden.

Berkeluasan kira-kira 4 ekar, ada tiga bahagian di sini iaitu Jungle Trail, Ornamental Trail and Spice Trail yang akan mengambil masa berjalan kaki antara 20 hingga 40 minit untuk menghirup bau rimba serta melihat lebih 500 jenis tumbuhan di sini.

Antara tumbuhan akuatik yang terdapat di sini adalah jenis-jenis ginger, heliconia, paku pakis, pokok-pokok palma, pokok cycas dan sebagainya.

b2776b17 c405 4a71 95fc 35cd4e82e6037. Entopia
Pernah dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang, namun selepas dinaik taraf pada tahun 2016, nama tempat ini ditukar menjadi Entopia.

Di sini turut terdapat pelbagai lagi kelompok serangga seperti kelip-kelip, pepatung, kumbang, mentadak; juga jenis haiwan invertebrata lain seumpama kala jengking, labah-labah dan ulat gonggok.

Hati-hati, takut tersengat pula, kelak jadi adiwira persis Spider-Man..! Kah kah kah!

img 7605
Foto : Trip.com

8. Taman Rimba Teluk Bahang
Luas keseluruhan tempat ini sebenarnya 873 hektar.

Pada tahun 1974, sebahagian tempat ini dengan keluasan 32 hektar dibuka sebagai taman rekreasi untuk orang awam menikmati keindahan flora dan fauna.

Paling penting, di sini ada juga kemudahan untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda.

83339200 1990 4610 a769 9bc35aac69e89. Gurney Bay
Baru dibuka pada 4 Februari lepas.

Seluas 27.7 ekar, Priority 1 Gurney Bay di sini menyediakan pelbagai kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, ruang bermain papan luncur, anjung pemandangan selatan, tandas awam, persiaran pejalan kaki, gerai penjaja, kiosk, 64 lot parkir terbuka (dan 62 parkir motosikal) serta rizab kawasan penambakan.

10. Persiaran Gurney
Juga dikenali sebagai ‘Padang Kota Baru’, di sini sangat sesuai untuk aktiviti berjalan kaki atau joging tidak kira sebelah siang atau malam selain merupakan antara kawasan tumpuan untuk pelancongan membeli-belah yang menarik di negeri ini.

Jika ingin membasah tekak atau menjamu makanan ringan, di hujungnya terdapat Pusat Penjaja Anjung Gurney yang menyajikan makanan lokal seperti ‘Disco Pasembur’, sup lutut lembu, char kuetiau dan bermacam-macam lagi.

f76477c5 afb7 4da3 82cf e4d700e7600711. Taman Botani Pulau Pinang
Percaya tidak percaya tempat ini adalah taman botani tertua negara, berusia kira-kira 140 tahun.

Berkeluasan 212 ekar, ada lebih 400 spesis tanaman serta pokok termasuk tumbuhan rimba yang jarang ditemukan, di sini.

Di sini juga, seawal 5.00 pagi, merupakan antara kawasan tumpuan untuk aktiviti riadah dan senamrobik.

16df8f5f 121c 421e 8467 0c546f1c4e1a12. Taman Bandaraya Pulau Pinang
Pernah dikenali sebagai Taman Belia atau Youth Park sebelum ini.

Dibuka seawal 7.00 pagi hingga 7.00 malam, kini dibuka sehingga 10.00 malam bersempena sambutan jubli emas atau 50 tahun kewujudan taman rekreasi awam tersebut.

Kolam renang kanak-kanak, taman rekreasi, landskap, taman luncur papan, laluan pejalan kaki, astaka, tandas dan taman permainan merupakan antara kemudahan yang baru dinaik taraf di sini.

img 7610
JETI pelabuhan bot-bot persendirian di Strait Quay. | Foto: Foursquare

13. Strait Quay
Ini, satu lagi kawasan tumpuan pelancongan membeli-belah berkonsepkan marina yang menarik di persisiran pantai di Jalan Seri Tanjung Pinang.

Dibuka sejak tahun 2010, kira-kira 100 lot komersial yang pelbagai dibuka di atas tanah berkeluasan 270,000 kaki di sini.

Untuk datang ke sini, boleh dengan menaiki kenderaan persendirian mahupun perkhidmatan bas perlancongan Rapid Penang. Untung-untung anda boleh menjamu mata melihat kapal-kapal rekreasi yang berlabuh di sini.

img 7612
PENANG Sky Walk @ The Top di puncak KOMTAR.

14. The Top @ Komtar
Komtar atau Kompleks Tun Abdul Razak yang menjadi mercu tanda pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, masih merupakan bangunan 68 tingkat dan paling tinggi di negeri ini sejak tahun 1985.

The Top berada di puncak bangunan tersebut, yang mana di sini terdapat Penang Sky Walk.

img 7611
THE Gravityz @ The Top | Foto: Tripadvisor.com.my

Kalau nak mencabar keyakinan diri, boleh ke The Gravityz. Ada enam aktiviti altitud tinggi menanti kalian iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X-Point, Z-Wire dan G-Rocky.

Pengunjung yang lemah jantung, tetapi masih mahu memburu pengalaman mencabar selain The Gravityz, boleh juga singgah ke Jurassic Research Centre di kompleks tersebut juga.

1384b740 63bb 4182 855e fb02996af7ac15. Hin Bus Depot
Tempat ini memang ‘sempoi’.

Asal stesen bas lama, ditukar guna menjadi kawasan lapang yang sarat dengan seni mural kreatif, menjadi tempat minum, makan dan berhimpun serta mencari cenderamata buat buah tangan pulang ke rumah nanti.

Nak merakam gambar kenang-kenangan, di sini jugalah antara lokasi pilihan, dibuka pada sebelah siang sahaja.

Paling meriah pada hari Ahad, sekitar 11.00 pagi hingga 5.00 petang kerana ada pelbagai pertunjukan pentas di sini.

b3f12147 6395 41c9 b9f9 095e47f5b74616. Masjid Kapitan Keling
Antara warisan ketara yang terdapat di George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Mula dibina pada November 1801, bangunan berusia 223 tahun tersebut masih tersergam indah serta jelas kaya dengan pengaruh seni bina Moorish.

Masjid Kapitan Keling merupakan antara simbol keberadaan serta sumbangan masyarakat India Muslim dalam pembangunan bandar raya ini pada era kolonial Inggeris dulu.

‘Taj Mahal’ Pulau Pinang ini sebenarnya dibuka untuk pelancongan bukan Islam juga mengikut garis panduan berkaitan, sebagai makluman.

5a1888b2 69a4 42db beef a6ee9322107417. Masjid Melayu Lebuh Acheh
Terletak tidak jauh dari Masjid Kapitan Keling, Masjid Melayu Lebuh Acheh ini dibina oleh kerabat diraja Acheh, iaitu Tengku Syed Hussain Al- Aidid pada tahun 1792 dan siap pada 1808 Masihi.

Menyorot sejarah, sekitar tahun 1800 hingga 1962 pernah menyaksikan Masjid Melayu Acheh menjadi tempat persinggahan para jemaah Haji sebelum meneruskan jalan pelayaran kapal ke ‘Tanah Haram’ Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.

Dengan berdirinya kukuh Masjid Melayu Lebuh Acheh dan Masjid Kapitan Keling serta beberapa lagi rumah ibadat bukan Islam (RIBI), padanlah sekitar kawasan ini dikenali sebagai ‘Jalan Harmoni’, baik dalam kalangan komuniti lokal mahupun pengembara antarabangsa yang pernah melancong ke sini.

Jika berada di sini, ambillah peluang membawa anak-anak anda ke Galeri Haji Pulau Pinang yang terletak di dalam ‘core zone’ Tapak Warisan Dunia George Town. Menariknya, galeri ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘The First Hajj Gallery in Malaysia”.

img 7613
PINTU gerbang masuk ke Little India yang menjadi simbol kegigihan sekalian peniaga di sini dalam menggerakkan aktiviti ekonomi lokal.

18. Little India
Carilah pintu gerbang masuk ke Little India di tengah-tengah bandar raya George Town ini kerana di sini adalah antara ‘syurga’ makanan di samping pusat membeli-belah yang terkenal.

Jalan-jalan di kawasan komersil di sini, kita mungkin akan merasai seolah-olah melancong dan membeli-belah di Delhi ataupun Chennai, India. Ya, di sini juga menjadi syurga membeli-belah kain sari dan dhoti.

c344b51b 16e1 4345 bdfb fa869092b6dd19. Penang Street Art
Sekitar ‘segi tiga emas’ pelancongan George Town, dikatakan, kawasan ini kian popular selepas hasil lukisan pelukis dari Lithuania, Ernest Zacharevic.

Jalan-jalan di celah lorong bangunan lama tinggalan sejak perang dunia pertama di sekitar George Town, bolehlah anda menjejaki hasil seni yang mengagumkan tersebut.

Lokasi semua lukisan Ernest Zacharevic di George Town, antaranya :
* Chew Jetty – Boat.
* Lebuh Armenian – Kids on a Bicycle.
* Lebuh Ah Quee – Old Motorcycle (Boy on a bike).
* Lebuh Cannon/Lebuh Acheh – Boy on Chair (Reaching up).
* Lebuh Cannon/Lebuh Armenian – Old Man.
* Lebuh Chulia – Broken Heart.
* Lebuh Muntri -Kungfu Girl (Little girl in blue).
* Jalan Penang – Trishaw Man.

img 761420. Clan Jetties Floating Village
Menariknya kampung terapung di atas air ini adalah terdiri daripada enam buah kampung berbeza yang mana setiap kampung memiliki kelompok dan tokong mereka sendiri.

Datang ke sini, pengunjung boleh mencermati seni bina generasi terdahulu, termasuk bahan kayu yang digunakan sebagai struktur rumah adalah berkualiti tinggi serta alah masin air laut.

Lokasi ini juga menarik untuk sesiapa yang ingin OOTD..!

img 7615
TOKONG Chao Yuan Gong antara tarikan pengunjung ke Chew Jetty.

21. Chew Jetty
Terletak di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pengkalan Kota, ini antara jeti yang terkenal dan seringkali menjadi tumpuan pelancong kerana di sana mempunyai macam-macam cenderamata unik dan menarik.

Salah satu daripada lukisan mural yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic (pelukis Penang Street Art) yang diberikan nama ‘Mirrors George Town’, ada di sini.

Instagrammer pasti akan jatuh cinta melihat keindahan pemandangan dari jeti ini.

img 7616
SUASANA sedia ada di persisiran pantai laut Utara George Town dekat Padang Kota Lama di sini.

22. Padang Kota Lama
Turut dikenali sebagai ‘The Esplanade’, di sinilah antara kesan tinggalan kolonial Inggeris, termasuk dua bangunan bandar raya yang terletak setentangan padang awam.

Pengembaran antarabangsa dari Eropah yang melalui pintu antarabangsa Port Swettenham, mesti akan singgah ke sini untuk menyaksikan Cenotaph atau Memorial Perang Pulau Pinang iaitu tugu peringatan perang yang dibina pada tahun 1948.

Dengan siapnya projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok penahan ombak berserta sesiaran pejalan kaki sepanjang 570m dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah; dan terbaru Taman Linear di sini, memang berbaloi dikunjungi seisi keluarga.

56f54b34 b2c4 4241 b873 3cf87990d04c22. Ford Cornwallis
Kota lama di pinggir bandar raya George Town ini dikatakan adalah tempat pertama Sir Francis Light menjejakkan kaki di Semenanjung Tanah Melayu, pada tahun 1876.

Sejak 31 Mei 2022 lagi, kerja-kerja pemuliharaan semula 10 unit bangunan warisan tempat menyimpan khazanah sejarah purba di Fort Cornwallis telah siap serta dibuka kepada pengunjung.

Cuma, kerja-kerja mengembalikan semula parit terusan di utara bangunan kota warisan itu kini, sedang dilaksanakan.

Masih berbaloi, kalau berkunjung ke sini, paling tidak anda juga dapat mengamati seni bina Menara Jam Peringatan Victoria yang juga dikenali sebagai Jubilee Clock Tower, didirikan pada 1897.

29cd2dd6 68e0 454b 8a2f bba0762293c1
BEROPERASI pada sebelah siang sahaja Pasar Chowrasta, gambar diambil pada malam tadi.

23. Pasar Chowrasta
Dibina pada 1961, bangunan ini dikatakan pasar raya pertama didirikan di bandar raya ini.

Selain tempat untuk membeli jeruk pelbagai jenama, di sini juga adalah banyak buku langka untuk dibeli oleh sekalian pengunjung.

Sebelum meneruskan perjalanan ke tanah besar Seberang Perai, eloklah singgah di beberapa kawasan lapang sekitar bandar raya ini – seperti Taman Areca (dekat Persiaran Karpal Singh), Armenian Park (dekat Lebuh Armenia) dan Sia Boey Urban Archaeological Park (dekat KOMTAR).

img 7617
Foto: Facebook Muzium & Galeri Tengku Fauziah USM

24. Muzium & Galeri Tengku Fauziah USM
Di bandar raya George Town memang ada banyak muzium antaranya;

* Upside Down Museum
* Muzium Perang
* Penang State Museum and Art Gallery
* Muzium Tiga Dimensi – Dark Mansion
* Colonial Penang Museum; dan
* Muzium Pinang Peranakan

Cuma ada satu lagi muzium yang tak kurang menariknya untuk dilawati adalah Muzium & Galeri Tengku Fauziah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Kalau bertandang ke ‘muzium universiti’ ini, pengunjung akan berpeluang meneroka hasil kajian berkaitan dunia seni, budaya dan sains teknologi yang relevan untuk generasi kini tanpa mengorbankan adat, budaya dan kepakaran kita.

img 761825. Taman Burung Pulau Pinang
Terletak di Jalan Todak dekat KADUN Seberang Jaya, ia merupakan taman burung pertama negara dan terbesar dibuka di tanah air ini yang melibatkan kawasan seluas lima ekar.

Di sini, bukan sahaja terdapat 300 spesies burung, malah ada haiwan liar lain seperti ikan arapaima gergasi, ular sawa, kura-kura dan kancil.

img 7619
JAMBATAN gantung antara tarikan utama pengunjung ke Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam.

26. Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam
Terletak di kawasan Parlimen Tasek Gelugor, hutan ini dikatakan indah dan misteri dengan ditemani rimbun flora paya darat seperti pokok putat, ara jangkang dan nipah yang tumbuh liar.

Pemandangan dari jambatan gantung pada ketinggian 210m, pengunjung juga boleh menikmati keindahan pemandangan kawasan paya darat seluas 11 ekar.

Hutan ini juga merupakan antara destinasi pelancongan dunia untuk aktiviti mencerap burung hijrah dan sebagainya.

dc6075a7 7f3a 49e3 ad48 60f4cfd6883f27. Frog Hill @ Bukit Katak
Dekat Guar Petai, Tasek Gelugor, ini satu lagi kawasan pelancongan yang penuh indah dan misteri serta pernah tular dalam kalangan perujuk dan instafamous.

Kawasan seluas 60 hektar yang kini terdiri dari kolam-kolam indah dengan warna air kebiru-hijauan di sini dikatakan asalnya adalah ladang getah milik persendirian serta pernah dijadikan tapak kuari pada era 1970-an.

Bukit di sini sesuai untuk aktiviti pendakian ataupun berbasikal.

8164c348 de78 4468 b5d4 a098fba61855
DERETAN lima buah Chalet di Taman Eko Rimba Bukit Mertajam yang wajar diselenggara untuk memberi nilai guna baharu kepada para pengunjung di sini kelak.

28. Taman Eko Rimba Bukit Mertajam
Terletak di Kampung Cheruk To’Kun, kawasan rekreasi tanah tinggi seluas 37 hektar dan 545m dari aras laut ini sangat seusai untuk aktiviti lasak dan mandi rimba.

Dibuka kembali sejak 1 Februari 2024, untuk sampai ke puncak bukit, pengunjung boleh pilih sama ada melalui trak pacuan empat roda atau denai hutan belantara.

Di sini, antara tumbuhan asal yang mencuri perhatian pengunjung yang menelusuri denai sambil mandi rimba adalah Meranti Seraya (Shorea curtisii) dan Meranti Rambai Daun (Shorea acuminata).

Ada ‘pokok gergasi’ di sini.

img 762029. Pulau Aman
Satu-satunya pulau kecil berpenduduk di negeri ini yang mana ada menyediakan perkhidmatan inap desa serta menjual cenderamata hasilan penghuni lokal.

Nak ke Pulau Aman, salah satu cara adalah menaiki bot dari Jeti Batu Musang dekat Batu Kawan.

819a4c4a 5705 426b b451 63d594f4b17730. IKEA, Design Village
Terletak di kawasan pembangunan bercampur baharu yang dikenali sebagai Batu Kawan.

IKEA adalah gedung kelengkapan rumah, sementara Design Village pula adalah lot komersil beraneka termasuk pakaian berjenama.

Dari bahagian Pulau, boleh ke sini dengan menggunakan Jambatan Pulau Pinang ataupun Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Dengan wujudnya dua gedung ini, sekali gus menjadikan Pulau Pinang antara negeri destinasi pelancongan membeli-belah pilihan di Utara Semenanjung Malaysia dan di luar Lembah Klang.

3f85cbfd 61af 4f8e 82fb 0808fece762d
GAMBAR penulis di papan peta pelancongan George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO di sini pada lewat malam tadi (5 Februari 2024).

Kesimpulan

Kalau nak diikutkan, ada pelbagai lagi tarikan lain di negeri Pulau Pinang, termasuk dikatakan sebagai syurga ‘syurga makanan’ pilihan pengunjung.

Makalah berkaitan mengenai produk-produk pelancongan negeri ini juga boleh didapati dari Pejabat George Town UNESCO World Heritage Site di alamat No.116 & 118, Lebuh Acheh, 10200 George Town.

Info lanjut juga boleh menerusi talian +604 261 6606 atau emel [email protected].

Selamat datang bercuti ke Pulau Pinang!

af27f243 7986 4211 88e5 133f4810c51a