36 persatuan bomba sukarela aktif terima peruntukan khas

6558d231 92bf 44b2 98e4 580fbaa4e75f JASON H’ng Mooi Lye (dua dari kiri) dengan diiringi Muhamad Husni Mahmud (kiri sekali) dan Endi Sherimi Mohd. Azmi (kanan sekali) menyampaikan cek replika RM10,000 kepada salah seorang wakil Persatuan Bomba Sukarela ‘aktif’ dalam majlis berkaitan di Auditorium, Menara Bandaraya MBSP, Bandar Perda di sini pada 24 Januari 2025.

SEBERANG JAYA – Sebanyak pasukan 36 Persatuan Bomba Sukarela (PBS) yang aktif di negeri Pulau Pinang masing-masing menerima peruntukan khas berjumlah RM10,000 daripada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sebagai pengiktirafan dalam kerja-kerja bantuan awalan yang dilaksanakan pada peringkat komuniti selama ini.

e4e64d39 2756 4dd2 93da abd06ff7648a
JASON H’ng Mooi Lye

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye yang menyampaikan cek replika kepada para wakil PBS dalam majlis yang berlangsung di Auditorium, Menara Bandaraya, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini pada 24 Januari 2025 berkata bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berbangga dengan pasukan PBS di negeri ini.

“Pasukan PBS kita meletakkan keselamatan dan kebajikan komuniti setempat melebihi diri sendiri.

“(Oleh hal demikian,) Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memperkasa pasukan PBS kita pada masa akan datang; memastikan semua diberikan sokongan yang diperlukan untuk terus berkhidmat demi kesejahteraan komuniti dan keselamatan negeri,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi.

Setiausaha Bahagian bagi Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud dan Timbalan Pengarah Negeri bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Endi Sherimi Mohd. Azmi serta beberapa Ahli Majlis MBSP turut menyertai majlis penghargaan tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD