363 orang botak untuk pesakit kanser

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

TANJONG BUNGA –Seramai 363 orang mengambil bahagian untuk beramal dengan membotakkan kepala sempena Sambutan Ulang Tahun ke – 88 Hospital Adventist Pulau Pinang (HAPP) sekaligus mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records.

Ketua Pegawai Eksekutif HAPP, Dr. Wesley Toh See Wei, menyatakan bahawa sambutan yang diberikan ternyata di luar jangka apabila jumlah peserta adalah melebihi sasaran 88 orang.

“Majlis sambutan tersebut adalah bagi mengumpul dana bagi pesakit kanser.

“Selain aktiviti amal, turut diadakan adalah kayuhan amal membabitkan 120 peserta dan gerai jualan yang menjual kepelbagaian hasil kraftangan serta makanan,’’ katanya dalam satu kenyataan bersempena penganjuran88 Shining Heads – Charity Go Bald & Food Fair 2012di sini baru-baru ini.

Majlis pelancaran program tersebut disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga, Teh Yee Cheu; wakil-wakil penganjur dari Chefs Assoction of Malaysia (Penang Chapter), Minivelo Trading , St . Nicholas Home’s Recycle Band, Yamaha Music School, Bumble Bee Playhouse dan salun-salun terkemuka.

Menariknya , Exco Kesihatan , Kebajikan , Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh turut mengambil kesempatan untuk beramal dengan turut serta membotakkan kepala beliau.

Guan Eng menyatakan bahawa Boon Poh, See Wei dan tiga ratus peserta lain jelas berani menghantar mesej penting kepada masyarakat.

“Mereka yang beramal bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser , malah , turut berkongsi penderitaan para pesakit,” ujarnya.

PHEE Boon Poh (hadapan, kiri) turut beramal bersempena penganjuran program ‘88 Shining Heads – Charity Go Bald & Food Fair 2012’ di sini baru-baru ini.
PHEE Boon Poh (hadapan, kiri) turut beramal bersempena penganjuran program ‘88 Shining Heads – Charity Go Bald & Food Fair 2012’ di sini baru-baru ini.