AIR ITAM – Kerajaan percuma Negeri Pulau Pinang melalui Tabung Penyelenggaraan Maksimum 80 Pulau Pinang (TPM80PP) membelanjakan RM400,764.80 bagi kerja-kerja penyelenggaraan d i skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah terpilih sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam bagi tempoh 2016 hingga 2017.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Wong Hon Wai ketika mengadakan lawatan ke Blok 137 Fairy Height, Jalan Rambutan baru-baru ini, melalui TPM80PP, Kerajaan Negeri memberikan bantuan dana sehingga 80 peratus dan bakinya dibiayai penduduk melalui badan pengurusan masingmasing.
“Di KADUN Air Itam, empat projek yang dibiayai melalui tabung ini adalah kerja-kerja naik taraf lif rosak di Blok 137, Fairy Height; penggantian satu unit lif di Blok M1 Desa Mawar; penggantian tangki air utama Taman Sri Timur dan kerja-kerja pemasangan pam tangki air baharu Blok 137, Fairy Height.
“Bagi pemasangan pam tangki air baharu ini, sejumlah RM17,172 diperuntukan memandangkan pam lama tidak lagi mampu mengepam air sehingga ke tingkat 4 atau 5.
“Justeru, apabila pasang baharu, tekanan lebih laju dan juga menjimatkan penggunaan elektrik,” katanya yang berpuas hati dengan kerja-kerja pemasangan pam tersebut yang selesai pada 11 Disember lalu.