40 ADUN angkat sumpah 29 Ogos

Admin

GEORGE TOWN – Majlis mengangkat sumpah bagi semua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah tertakluk kepada notis yang diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri untuk diperkenankan.

 

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan pemberita seusai Majlis Perasmian Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Han Chiang dekat sini pagi ini.

 

Menurut Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota, sesi mengangkat sumpah tersebut dijadualkan pada 29 Ogos ini.

 

Sesi tersebut akan diadakan di Dewan Undangan Negeri pada hari Selasa ini (29 Ogos),” ujarnya.

 

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai pembatalan kelulusan Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 yang dijadualkan pada 30 September ini, Kon Yeow menyatakan bahawa pihaknya difahamkan bahawa penganjur konsert berkenaan telah bersetuju untuk memindah lokasi penganjuran.

 

“Perkara ini boleh diuruskan dengan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sebagai pihak yang mengeluarkan permit.

 

“(Dan) lokasi dipindahkan ke Batu Kawan dengan syarat-syarat tambahan,” jelasnya.

 

 

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD