Admin
KOL Badrul Hisham Muhammad (tiga dari kanan) mengadakan perbincangan ringkas dengan Ketua Menteri sambil diperhatikan Zahruddin Abdullah (kanan sekali) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pasukan Keselamatan di sini baru-baru ini.
KOL Badrul Hisham Muhammad (tiga dari kanan) mengadakan
perbincangan ringkas dengan Ketua Menteri sambil diperhatikan
Zahruddin Abdullah (kanan sekali) pada Majlis Penyampaian
Sumbangan Kepada Pasukan Keselamatan di sini baru-baru ini.

 

DIHARGAI… Bagi menghargai jasa dan sumbangan anggota pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertugas di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah menyampaikan sumbangan berupa wang bernilai RM10,000 masing-masing kepada pasukan keselamatan berkenaan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Menteri menyatakan bahawa jasa pasukan keselamatan harus dikenang dan diberi pengiktirafan yang setimpal. Perkara ini terbukti apabila kadar jenayah di Pulau Pinang telah menurun sehingga 27 peratus pada tahun lepas. Ini merupakan kadar penurunan jenayah paling tinggi
di Malaysia.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh wakil PDRM, SAC Zahruddin Abdullah manakala ATM oleh KOL Badrul Hisham Muhammad.