PRIHATIN… Nasib lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Soon Lip Chee yang tampil memberi sumbangan.
Sumbangan berupa susu tepung dan lampin pakai buang disampaikan semasa lawatan beliau ke kediaman keluarga berkenaan di Jalan Ahmad Said, di sini pagi ini.
Hadir sama, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bagan, K.C. Tan yang turut menyampaikan bantuan berupakan makanan.
Terdahulu, lima beradik menjadi yatim piatu dalam sekelip mata setelah motosikal ditunggang oleh ibu dan bapa mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, di susur ke Perai.
Akibat kejadian tersebut, ibu mereka terpaksa dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya dan telah meninggal dunia, semalam.
Ekoran kejadian tersebut, lima adik-beradik yang berusia antara dua hingga 16 tahun kini terpaksa dijaga oleh datuknya.