50 asnaf, B40 terima sumbangan menjelang Aidilfitri

Admin
featured image bantuan makanan

SERI DELIMA – Sebanyak 50 beg sumbangan berupa makanan diagihkan kepada golongan asnaf dan berpendapatan rendah B40 di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seri Delima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu meringankan beban penduduk terutama ketika menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

“Ini merupakan tahun pertama saya sebagai ADUN mengagihkan sumbangan (sempena Hari Raya Aidilfitri), jadi saya berharap sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu (meringankan beban) mereka serta menceriakan hari mereka,” ujarnya ketika ditemui pada majlis agihan sumbangan berkaitan di Pusat Khidmat ADUN Seri Delima dekat sini.

yb tan hooi peng
TAN Hooi Peng ketika ditemui usai majlis berkaitan di sini.

Difahamkan, sumbangan tersebut disediakan dengan kerjasama Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith) yang mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, susu pekat, biskut, mi segera dan juga kurma.

Mengulas lanjut, Hooi Peng memberitahu bahawa sumbangan tersebut sering diagihkan setiap kali tibanya musim perayaan.

“Sebelum ini ketika Tahun Baharu Cina kita (Pejabat ADUN) bekerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Tun Sardon untuk edarkan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.

“Lagipun, pemberian sumbangan ini juga adalah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap penduduk Seri Delima,” katanya.

 

Oleh : NUR SYAKIRAH MOHD. BASRI
Gambar : LAW SUUN TING