50 kanak-kanak dalam majlis khatan Tanjong

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Seramai 50 kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun dari Parlimen Tanjong menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Parlimen dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong di sini baru-baru ini.

Sempena majlis tersebut, kanak -kanak terlibat dimandikan menggunakan semburan air oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai.

Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya memperuntukkan sejumlah RM4,000 untuk melaksanakan program berkhatan tersebut di Masjid Alimsah Waley, Lebuh Chulia.

“Program kali ini mendapat sambutan amat baik dan di luar jangka apabila 50 kanak-kanak terlibat serta.

“Setiap kanak-kanak turut diberikan cenderahati,” katanya pada Majlis Pelancaran Majlis Berkhatan Beramai-ramai Parlimen Tanjong di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Pengerusi
Qaryah Masjid, Idris Abdul  Salam serta ibu bapa yang turut memberi semangat kepada kanak-kanak yang bakal dikhatankan.

Abdul Malik dalam pada itu berkata, program berkenaan bakal memberi kenangan manis kepada kanak-kanak terlibat sekaligus membangkitkan nostalgia adat berkhatan zaman dahulu kala.

AKSI kanak-kanak ketika terkena semburan air pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai Parlimen Tanjong di sini barubaru ini.
AKSI kanak-kanak ketika
terkena semburan air pada
Majlis Berkhatan Beramai-ramai
Parlimen Tanjong di sini barubaru
ini.