54 kanak-kanak sertai khatan beramai-ramai

KHATAN… Seramai 54 kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung menyertai Majlis Berkhatan Beramai-ramai Anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung di Sekolah Agama Rakyat Permatang Damar Laut di sini baru-baru ini.

ADUNnya, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, program berkhatan yang dijalankan secara tahunan ini bukan sekadar melaksanakan tanggungjawab mengkhatankan anak-anak tetapi mampu mempereratkan kerjasama antara penduduk kampung.

Tambah Malik, program berkenaan juga akan memberi kenangan manis kepada kanak-kanak terlibat sekaligus membangkitkan nostalgia upacara berkhatan zaman dahulu.

ABDUL Malik Abul Kassim (berkemeja putih) memandikan sekumpulan kanak-kanak sempena Majlis Berkhatan Beramai-ramai Anjuran Pusat Khidmat ADUN Batu Maung di sini baru-baru ini.
ABDUL Malik Abul Kassim (berkemeja putih)
memandikan sekumpulan kanak-kanak sempena
Majlis Berkhatan Beramai-ramai Anjuran Pusat
Khidmat ADUN Batu Maung di sini baru-baru ini.