54,000 Ibu Emas terima insentif tahunan

Admin
TIMBALAN Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon (berdiri, empat dari kanan) ketika meninjau proses pembayaran Program Penghargaan Ibu Emas di Balik Pulau di sini baru-baru ini. Turut menemani beliau, Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail, PPK Teluk Bahang, Halil Sabri Hamid dan PPK Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

PULAU BETONG – Seramai 54,000 suri rumah menerima insentif bernilai RM100 menerusi Program Penghargaan Ibu Emas hasil inisiatif Kerajaan Negeri bermula 6 Jun hingga 17 Jun 2016.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, insentif tahunan tersebut adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum wanita yang tidak bekerja dan memilih untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.

“Saya harap sumbangan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh 54,000 penerima tahun ini,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Program Penghargaan Ibu Emas merupakan program kebajikan Kerajaan Negeri bagi menghargai kaum wanita yang telah berumahtangga dan tidak mempunyai pendapatan tetap atau suri rumahtangga.

Permohonan boleh dibuat di semua Pejabat Daerah dan Tanah, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen, Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Aras 46, Komtar