Oleh : ZULIANA AZIZ
GEORGE TOWN – Kayuhan amal Ride For Sight anjuran bersama St. Nicholas’ Home dan G Club Cyclists dengan sokongan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini berjaya mengumpulkan kira-kira 600 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat di sini.
Selain ahli kelab basikal, Ahli-ahli Majlis MPPP dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMK), tetamu khas yang diundang bagi menjayakan penganjuran tersebut adalah golongan kurang upaya (OKU) cacat penglihatan.
Bersempena itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut turun padang dan mengayuh basikal berkembar khas yang turut ditungangi salah seorang peserta OKU dari St. Nicholas’ Home.
Acara tersebut bermula pada jam 7 pagi di pusat membelibelah Straits Quay dan berakhir di Esplanade, Padang Kota Lama di sini.
“Kayuhan amal yang julung kali diadakan ini bertujuan menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa orang-orang cacat penglihatan juga mampu dan boleh beriadah sama seperti insan normal lain di bumi bertuah ini,” ujar Ketua Menteri semasa merasmikan Ride For Sight di sini baru-baru ini.
Turut sama, Yang DiPertua (YDP) MPPP, Ar. Patahiyah Ismail serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi