650 pelajar dijangka sertai Program Saintis Muda TDP

GEORGE TOWN – Tech Dome Penang (TDP) dengan kerjasama Penggerak Komuniti Muda Pulau Pinang (PEKA) mengambil inisiatif menganjurkan Program Saintis Muda Pulau Pinang secara bersiri sepanjang bulan Disember ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, penganjuran program bertujuan memupuk minat dan pengetahuan ilmu sains melalui aplikasi teori saintifik tersebut adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri.

“Program yang bermula pada 5 hingga 22 Disember ini di 13 kawasan terpilih seluruh negeri, berserta dua sesi bengkel iaitu Dino-Soap Maker dan Rainbow Juice khusus untuk anakanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun.

“Program ini merupakan suatu program percuma tanpa dikenakan sebarang bentuk bayaran kepada peserta yang menyertainya,” ujarnya pada sidang media di sini baru-baru.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TDP, Khong Yoon Loong dan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Chris Lee Chun Kit.

Difahamkan, sehingga kini, seramai 650 pelajar terpilih bakal menyertai program tiga minggu berkaitan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook, https://www.facebook.com/penggerakkomunitimuda/.