7,000 asnaf fakir miskin terima sumbangan Aidilfitri

Admin
57a4f937 7b76 404b b504 c593c1e0f8e4

BAYAN LEPAS – Seramai 7,000 asnaf fakir dan miskin bakal menerima bantuan zakat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini membabitkan peruntukan berjumlah RM5.82 juta.

4b349700 5e7c 406a 9b26 92190b32a91f
DATO’ Dr. Mohamad Abdul Hamid ketika ditemui baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata bagi penerima kategori asnaf fakir masing-masing akan menerima RM700 manakala asnaf miskin (RM600).

“Kesemuanya ini merupakan keprihatinan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan kecemerlangan melalui Islam dalam penantian dan keberadaan kita semua di bulan Ramadan in.

“Sudah tentu segala bentuk penyaluran bantuan dan apa jua sumbangan mampu memperlihatkan Kerajaan Negeri selari dengan Visi Penang2030 dalam usaha membangun agenda utama Malaysia Madani,“ ujarnya semasa menyempurnakan Program Iftar Jamaie dekat Masjid Al-Huda, Sungai Ara semalam.

Pegawai Eksekutif WPP, Rosidi Hussain; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), Mohd Hanif Omar@Wahab; Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan beberapa pengurusan tertinggi antara yang turut sertai majlis tersebut.

Pada majlis sama, Mohamad turut menyampaikan sumbangan tersebut disampaikan melalui Agihan Manfaat Wakaf Khas bawah Wakaf Pulau Pinang (WPP) kepada 14 penerima manfaat dari daerah Timur Laut dan Barat Daya melibatkan kos RM544,333.

9c4c38c2 9f86 4609 8e62 e46cd22cf1e5

a3922099 cc32 44cf b46c 7d1b942fb812
ANTARA wakil penerima sumbangan Ehya’ Ramadan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Yang Dipertua MAINPP memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM260,000 sebagai sumbangan Ehya’ Ramadan kepada masjid-masjid dan surau Jumaat pada tahun ini.

“Sebanyak 250 buah masjid dan surau Jumaat di Pulau Pinang bakal menerima manfaat bagi tujuan pengimarahan masjid sepanjang tahun iaitu melibatkan sebuah masjid negeri, masjid daerah (6), masjid kariah (208), masjid biasa (14) serta surau Jumaat (21).

“Di samping itu, Kerajaan Negeri turut cakna akan kepentingan umat Islam di negeri, oleh itu sumbangan sebanyak RM1 juta bakal diberikan kepada tujuh buah masjid utama negeri Pulau Pinang (Masjid Negeri dan enam masjid daerah),” jelasnya lanjut.

 

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT