8,000 pelajar terpilih di Datuk Keramat terima baucar ‘Kembali Ke Sekolah’ sejak 2008 – Jagdeep

Admin
img 7544 SEBAHAGIAN penerima baucer Kembali Ke Sekolah serta para waris mereka merakamkan gambar kenangan bersama-sama Jagdeep Singh Deo (tengah) selepas selesai majlis berkaitan di Auditorium A, Komtar di sini pada 4 Februari 2024.

GEORGE TOWN – Sejak tahun 2008 seramai 8,000 pelajar terpilih sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Keramat menerima baucar ‘Kembali Ke Sekolah’ (Back To School) yang bernilai kira-kira RM565,000.

img 7525
JAGDEEP Singh Deo

Pada tahun 2024, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata pihaknya akan menyampaikan baucar sama dengan nilai keseluruhan sebanyak RM40,000 kepada 500 pelajar terpilih.

“Ketika ini ada 350 syarikat multinasional dan 6,000 industri kecil dan sederhana yang mana menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri industri berteknologi tinggi.

“Apabila bangun pagi mesti dengar nasihat ibu bapa, di sekolah mesti dengar nasihat guru-guru.

“Belajar bersungguh-sungguh, mesti dapat keputusan cemerlang dalam akademik termasuk STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) kerana pada masa hadapan anda semua sangat diperlukan bagi memenuhi permintaan pekerjaan dalam sektor industri berteknologi tinggi,”ujarnya.

img 7527Jagdeep yang juga Exco Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi berkata demikian p6 majlis berkaitan di Auditorium A, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini pada 4 Februari 2024.

Dalam perkara berkaitan, Jagdeep turut merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sekitar KADUN Datuk Keramat yang terus gigih menjadi pemudah cara bagi pihak Kerajaan Negeri dengan komuniti setempat.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB