Abdul Rahman dilantik semula

Admin
POTRAIT Abdul Rahman Abbas (duduk, tengah) bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersempena majlis lantikannya.

Oleh : MOHD. HAFIZ TAJUDIN

POTRAIT Abdul Rahman Abbas (duduk, tengah) bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersempena majlis lantikannya.
POTRAIT Abdul Rahman Abbas (duduk, tengah) bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersempena majlis lantikannya.

GEORGE TOWN – Pelantikan semula Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Abdul Rahman Abbas sebagai Yang diPertua negeri Pulau Pinang bagi penggal kelima membuktikan ketokohan beliau sebagai tonggak perpaduan dan lambang kemakmuran di sini.

Bersaksikan sekalian jemputan di Seri Mutiara, majlis mengangkat sumpah jawatan tersebut diadakan dengan penuh istiadat baru-baru ini.

Tun Abdul Rahman, 75, dilantik semula bagi tempoh dua tahun bermula 1 Mei ini.

ABDUL Rahman Abbas (duduk) menandatangani watikah pelantikan beliau.
ABDUL Rahman Abbas (duduk) menandatangani watikah pelantikan beliau.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dilahirkan pada 15 April 1938 di Permatang Rambai, Kepala Batas.

Beliau aktif dalam bidang penulisan kreatif pada tahun 60-an dengan nama pena, Norman Abbas dan perjalanan bidang seninya diabadikan dalam buku biografi khas yang diterbitkan bersempena hari kelahiran yang ke-74 tahun lalu dikenali, Sebuah Memoir.

Tun Abdul Rahman mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu seorang putera dan puteri (3).

Beliau amat meminati aktiviti joging, sukan golf, membaca serta berkongsi minat berkebun dengan isterinya.

Kali pertama Tun Abdul Rahman dianugerahkan jawatan TYT adalah pada 1 Mei 2001 sebelum dilantik semula kali buat kedua pada 1 Mei 2005 untuk tempoh perkhidmatan empat tahun.

Kali ketiga beliau dilantik adalah pada 1 Mei 2009 selama tiga tahun dan pada tanggal 1 Mei 2011, Abdul Rahman dilantik sebagai TYT untuk penggal keempat bagi tempoh dua tahun.