Oleh : WATAWA N ATA F ZULKIFLI
Gambar : DANNY OOI
BALIK PULAU – Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng mencadangkan supaya penganjuran acara kayuhan basikal, Balik Pulau Explorer Highlight Ride diperluaskan ke Seberang Perai.
Beliau berkata demikian ekoran kejayaan penganjuran acara berkaitan di sini baru-baru ini.
“Saya melihat acara kayuhan seperti ini boleh mempromosikan pelancongan di negeri ini terutamanya kawasan luar bandar, justeru, adalah wajar ia diperluaskan ke kawasan-kawasan luar bandar di Seberang Perai,” katanya pada upacara pelepasan peserta acara berkaitan di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.
Acara kayuhan sejauh 5 kilometer (km) tersebut membawa peserta melalui beberapa kawasan menarik di Balik Pulau seperti sawah padi, perkampungan nelayan dan melihat panorama matahari.
var d=document;var s=d.createElement(‘script’);