ADUN Air Itam turun padang serah sendiri wang sumbangan

 

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

AIR ITAM – Tanpa ingin membebankan warga emas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam mengambil
inisiatif untuk turun padang menyerahkan sendiri sumbangan wang RM100 Program Penghargaan Warga Emas
(PPWE) di rumah orang tua Little Sisters of the Poor di Lorong Batu Lanchang di sini baru-baru ini.

ADUN terbabit, Wong Hon Wai menyifatkan lawatan beliau adalah bagi memudahkan warga emas berkenaan mendapat sumbangan RM100 dari Kerajaan Negeri tanpa dipinggirkan.

“Pusat ini merupakan satusatunya rumah orang tua yang terdapat dalam KADUN Air Itam.

“Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai ADUN untuk menyerahkan wang tersebut kepada yang layak sebagai penghargaan kepada jasa dan pengorbanan mereka,’’ ujar Hon Wai di sini.

Hon Wai yang hadir bersama ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Air Itam turut mengambil peluang beramah-mesra dengan penghuni rumah orang tua tersebut serta menyampaikan sumbangan PPWE kepada 30 penghuni di sini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Maybank cawangan Air Itam, seramai 6,673 warga emas telah mendaftarkan diri dalam PPWE dan layak menerima sumbangan tersebut.

Jumlah tersebut telah meningkat sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.

WON Hon Wai (tiga dari kanan) berjabat tangan dengan salah seorang penghuni Little Sisters of the Poor sambil ditemani yang lain bersempena lawatan beliau ke pusat jagaan tersebut di Lorong Batu Lanchang di sini baru-baru ini.
WON Hon Wai (tiga dari kanan) berjabat tangan dengan salah seorang penghuni Little Sisters of the Poor sambil ditemani yang lain bersempena lawatan beliau ke pusat jagaan tersebut di Lorong Batu Lanchang di sini baru-baru ini.