SEBANYAK 15 unit rumah blok J, PPR Padang Tembak yang mengalami pelbagai kerosakan telah memperoleh perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai baru-baru.
Hasil inisiatif khas, unit-unit tersebut telah diubahsuai dan dibaiki bagi keselesaan penduduk berkenaan. Dalam pada itu, satu majlis ringkas penyerahan kunci unit kediaman yang disempurnakan oleh Hon Wai yang juga Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan, Kesenian telah diadakan di sini baru-baru ini.
Pusat Khidmat ADUN Air Itam
607H-2, Jalan Balik Pulau,
11500 Pulau Pinang.
Tel : 04 – 828 0926