Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI
MESRA RAKYAT… Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer, beliau tidak pernah berasa kekok apabila berdampingan dengan rakyat terutama ketika keramaian.
Sempena sambutan bulan Ramadhan tahun ini, Rayer berkesempatan meluangkan masa menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat.
Terbaru, beliau turut serta berbuka puasa bersama penduduk di Kampung Sungai Gelugor di sini.
Majlis Iftar Penduduk Kampung Sungai Gelugor yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Gelugor turut diserikan dengan pemberian bantuan dan duit raya kepada penduduk yang memerlukan dan kurang berkemampuan.
“Diharap bantuan ini dapat menceriakan penerima terutama ketika umat Islam lain sibuk menyempurnakan sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya baru-baru ini.