MUHIBBAH... Adalah menjadi kemestian bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin untuk memenuhi jemputan majlis-majlis yang diadakan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negerinya.
Terbaru, beliau telah hadir ke perayaan tahunan Kuil Shri Krishnan Bhagavad di Bayan Baru di sini.
Perayaan disambut mereka yang berketurunan Hindu tersebut adalah sebagai tanda kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan.
Pada majlis tersebut, Tze Tzin menyatakan bahawa kerjasama semua rakyat adalah diperlukan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri ke arah negeri yang bertaraf antarabangsa.