ADUN Penanti minta TEKUN Nasional bersama bantu usahawan belia, wanita tempatan

PENANTI – Dr. Norlela Ariffin berharap agensi Persekutuan, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) memberi lebih tumpuan serta membantu usahawan belia dan wanita di Pulau Pinang terutama dekat Parlimen Permatang Pauh serta Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu berkata demikian ketika merasmikan Program Usahawan Belia & Wanita pada 25 Ogos 2018 di Dewan Usahawan Yayasan An-Nahdhoh, Jalan Kubang Semang di sini.

“Saya tahu wanita yang memiliki ramai anak, untuk bekerja kilang, begitu banyak kekangan.

“Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk menjana aktiviti usahawan wanita dari rumah.

“Saya mendapat tahun TEKUN ada dana (pinjaman mikrokredit) sebanyak RM20 juta, dan saya minta agensi Pusat itu sertai program ini, untuk ambil bahagian membantu usahawan wanita yang hadir,” jelasnya pada penganjuran berkaitan.

Norlela, merupakan calon anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Wanita Pusat, MPP dan Ketua Wanita Cabang Permatang Pauh sempena musim saingan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau merakamkan penghargaan kepada Exco Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan, Dato’ Abdul Halim Hussain, serta Pengerusi Persatuan Pembangunan Ekonomi dan Sosial Desa Pula Pinang (PRESDA) merangkap Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Bukit Mertajam, Zikri Zulkifli atas sokongan bersama program itu.

Hampir 100 peserta program menerima bimbingan daripada moderator usahawan, Goh Toh Sin dan Eksekutif TEKUN Nasional, Mohd Faris Darus.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB