ADUN Penanti mohon Kerajaan Negeri beri perhatian terhadap agropelancongan

Admin

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin memohon pertimbangan Kerajaan Negeri supaya memberikan perhatian lebih serius terhadap agropelancongan di negeri ini.

Malah katanya, perkara tersebut turut dibangkitkan oleh Yang di-Pertua Negeri (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Pulau Pinang Yang Keempat Belas baru-baru ini.

“Di kawasan saya sendiri sebenarnya banyak produk-produk agropelancongan, misalnya tahun lepas kami berjaya anjurkan Festival Padi Antarabangsa dan berjaya menarik kira-kira tujuh hingga lapan ribu pengunjung.

“Tahun ini kami sasarkan mampu menarik seramai 25,000 orang untuk menjayakan festival berkenaan,” ujarnya semasa sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14, di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Norlela menjelaskan bahawa penganjuran program tersebut memberi impak yang besar kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penanti

“Ksan daripada peganjuran festival tersebut pada tahun lalu, aktiviti-aktiviti lain seperti menyelusuri sungai dengan menaiki bot dekat KADUN Penanti kini semakin dikenali,” ulasnya lanjut.

Selain itu, beberapa perkara lain yang urut dibangkitkan Norlena adalah berkaitan isu-isu di KADUN Penanti termasuklah pencerobohan tanah secara haram dan permohonan kemudahan pengangkutan awam.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN