PERSEDIAAN… Menghitung persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang menyampaikan 375 naskah buku soalan ramalan kepada kepada 125 murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Itam.
Menurut Soon Siang, pihaknya memperuntukkan RM2587.50 dalam menyediakan buku-buku bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
“Dengan bantuan ini diharap pelajar dapat mengkaji soalan ramalan tahun lepas dan boleh digunakan sebagai panduan menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga subjek tersebut,” ujarnya dihadapan wakil-wakil kelas yang menerima sumbangan buku tersebut.
Hadir sama, Pengetua bagi SMK Air Itam, G.Sangaranathan.
Difahamkan bagi tahun 2019, SPM akan bermula pada 14 Oktober sehingga 28 November mengikut jurusan yang diambil oleh para pelajar.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : ALISSALA THIAN