PERAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Dato’ Seri S. Sundarajoo hadir memenuhi jemputan ke majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk dan anak kariah Surau Nurul Taqwa, Telok Indah 2 dekat sini, semalam.
Dalam majlis sama, beliau juga menyampaikan sumbangan 20 unit kerusi plastik dan 40 unit meja untuk kegunaan umum di surau berkenaan.
Sempena Ramadan kali ini, saya telah memperuntukkan sejumlah RM5,000 bagi pembelian kerusi dan meja.
“Semoga, dengan sumbangan ini, ia akan dapat memudahkan pelbagai aktiviti surau terutama aktiviti keramaian seperti majlis berbuka puasa ini,” katanya.
Beliau yang juga Exco Perumahan dan Alam Sekitar, turut meluangkan masa menyantuni penduduk yang hadir dan mengambil peluang mendengar permasalahan serta keperluan penduduk di kawasan tersebut.


Gambar : J. PATMAVATHY