ADUN Seri Delima korek parit elak banjir

Admin

SERI DELIMA – Bagi kepentingan bersama penduduk di sekitar kawasan Sungai Gelugor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima sanggup turun padang mengorek mendapan pasir dan sampah di dalam parit bagi mengelak kejadian banjir kilat.

Usaha tersebut dilakukan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang ketika keadaan hujan lebat di kawasan tersebut baru-baru ini.

ADUN Seri Delima, R.Sanisvara Nethaji Rayer berkata, sebagai wakil rakyat yang telah memperoleh kepercayaan daripada masyarakat di sekitar kawasan tersebut, adalah menjadi komitmen beliau untuk mencegah serta menyelesaikan kemelut bajir kilat yang berlaku sekian lama.

Bagi mengelak kejadian banjir kilat daripada berulang, saya cuba menasihati kontraktor dan juga tuan rumah supaya tidak menghalang laluan air apabila kerja-kerja pengubahsuaian kediaman dijalankan.

Saya berharap hasil kerjasama ayang diberikan dapat mengelak insiden ini (banjir kilat) daripada berterusan dan merugikan para penduduk sendiri,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini.