ADUN Seri Delima pikul mandat rakyat

PRIHATIN... Dalam kesibukan urusan seharian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer sempat meluangkan masa bersama penduduk sekitar Taman Tun Sardon di sini.

Baru-baru ini, Rayer mengadakan lawatan dan bertemu dengan para peniaga di pasar malam Taman Tun Sardon dan mengadakan sesi
perbincangan bersama penduduk setempat.

Menurut Rayer, walaupun sibuk, rakyat harus didahulukan kerana mereka telah memberi mandat kepada ADUN sebagai orang tengah antara Kerajaan Negeri dan orang awam.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa melawat salah seorang penduduk lumpuh yang sebelum ini mendapatkan bantuan kerusi roda bernilai RM380 daripada pihaknya.

R.S.N Rayer (depan, berkemeja putih) bertanyakan sesuatu kepada peniaga pasar malam Taman Tun Sardon bersempena lawatan khas beliau di sini baru-baru ini.
R.S.N Rayer (depan, berkemeja putih) bertanyakan sesuatu kepada peniaga pasar
malam Taman Tun Sardon bersempena lawatan khas beliau di sini baru-baru ini.