ADUN Sg.Pinang sumbang RM1,000 mangsa kebakaran

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI PINANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim menyerahkan sumbangan ihsan RM1,000 kepada keluarga mangsa kebakaran di Flat Mutiara Idaman 1 di sini baru-baru ini.

Itu, tidak termasuk bantuan segera daripada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), masing-masing berjumlah RM1,000

dan RM500.

“Ini semua adalah bantuan segera sementara menunggu Tabung Bencana T.Y.T menyiasat kerugian dari insiden ini,” ujar beliau semasa melawat kawasan kejadian.

Hadir bersama, Pegawai Khas bagi ADUN Sungai Pinang, Saiful Azwan Abdul Malik, Mohd. Faruk Abdul Rahman (Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun) dan Mohd. Nasir Ismail (Pengerusi JKKK Kampung Jelutong).

Dalam perkembangan berasingan, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP merangkap ADUN Permatang Pasir) turut dilaporkan melawat keluarga mangsa.

Dilaporkan, kebakaran tersebut antara lain memusnahkan sebuah bilik dan kawasan dapur rumah mangsa.