PANTAI JEREJAK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Dato’ Abdul Halim Hussain menyifatkan sambutan perayaan di Malaysia amat unik kerana ianya diraikan oleh semua masyarakat berbilang kaum.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Baucar Tahun Baru Cina 2020 bagi DUN Batu Maung semalam.
“Untuk Tahun Baru Cina, ianya merupakan satu penyatuan keluarga besar bagi kita semua, ianya bukan sahaja keluarga sendiri bahkan keluarga berbilang kaum sebagai bangsa Malaysia.
“Selain merayakannya bersama, Tahun Baru Cina juga dilihat seperti shared prosperity ataupun berkongsi kekayaan, orang kaya akan kongsi kekayaan dengan golongan yang memerlukan,” ujar Abdul Halim yang juga Exco Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Keusahawanan.
Hampir dua tahun menjadi ADUN Abdul Halim memberitahu pihaknya kini memberikan fokus kepada bidang pendidikan, kebajikan dan warga emas bagi menambahbaik kesejahteraan rakyat di Batu Maung.
Pada malis tersebut, kira-kira 200 orang dari DUN Batu Maung menerima baucar beli belah dan angpow bagi menyambut Tahun Baru Cina pada 25 Januari ini.
Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI