AEON lancar CSR pulih Kolam Teratai Sungai

Admin

PADANG LALANG – Seramai 150 kakitangan Pusat Membeli Belah AEON Seberang Perai baru-baru ini mengadakan program memulihara semula air Tasik Kolam Teratai Sungai Rambai, di sini.

Pengurusnya, Kamarulzaman Jaafar berkata, program tanggugjawab sosial korporat (CSR) itu demi menyahut kempen ‘Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat’ yang disemarak oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“10 tahun projek kolam udang berhampiran (beroperasi), air tasik ini menjadi hitam (tercemar).

“(Justeru,) saya mewakili AEON mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir bagi menjayakan program SCR bersama-sama MPSP ini,” ujar beliau semasa menyampaikan ucapan perasmian di sini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Micheal Tan Cheong Heng hadir pada majlis tersebut mewakili Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Cheong Heng merasmikan majlis tersebut dengan melontar bola lumpur ke dalam tasik bagi memerangkap kotoran.

Difahamkan, program CSR itu akan diselenggara oleh AEON sendiri selama hampir setahun sebelum diserah kembali kepada MPSP.