PRIHATIN … Ahli Parlimen Tanjong,Chow Kon Yeow baru-baru ini telah mengadakan lawatan khas ke galeri seorang pelukis dan jurugambar yang menjadi mangsa rompak, Lim Dang Chii, 31, di Lorong Love (Love Lane) di sini.
Dalam lawatan beliau, Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas menyifatkan tindakan perompak berkenaan adalah tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan.
“Saya berharap orang awam dapat tampil membantu polis bagi menangkap suspek terbabit yang dipercayai masih lagi bebas,” ujarnya yang meluangkan masa kira-kira sejam di galeri tersebut.
Dalam kejadian 27 Jun lalu, Dang Chii, bersendirian di dalam premis berkenaan apabila tiba-tiba galerinya