AIDAP dilanjut pada tahun 2025, walaupun diramal tiada cuaca luar jangka

0cb93f3a d510 49a7 ad00 df3b8b2bef83

GEORGE TOWN – Hasil tinjauan Buletin Mutiara ke tiga empangan utama negeri ini memndapati bacaan paras air berada pada tahap selamat walaupun cuaca panas kebelakangan ini.

Semalam, Empangan Air Itam berada pada paras 77.8 peratus, manakala Empangan Teluk Bahang (61.3 peratus) dan Empangan Mengkuang Diperbesar (91 peratus).

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)  memberitahu bahawa pihaknya  akan terus melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam (AIDAP) pada 2025 untuk mengelakkan kekurangan air di kawasa Air Itam serta kawasan Farlim dan kawasan sekitarnya.

“Kejayaan AIDAP pada tahun lalu telah memastikan tiada gangguan bekalan air atau kekurangan sumber tersebut di Air Itam dan Farlim walaupun berdepan fenomena El Nino.

img 6571

“Bagi tahun 2025, PBAPP juga bersiap sedia dengan sebarang keadaan termasuk cuaca yang sukar diramal.

“Apa yang lebih penting, kami menasihatkan orang ramai untuk menjimatkan penggunaan air dalam usaha mengekalkan kapasiti efektif epmpangan serta penjimatan air,” kata PBAPP dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menunjukkan sebarang perubahan cuaca mendadak di Pulau Pinang seperti di kawasan lain terutamanya di Pantai Timur.

Cuaca di utara Semenanjung Malaysia diramalkan panas dan menerima hujan kadar biasa.