Aktiviti pembinaan tanpa kebenaran merancang dihadap ke mahkamah – Datuk Bandar MBSP

Admin
img 9953

SEBERANG JAYA – Pemilik tanah yang merancang untuk menjalankan pemajuan tanpa kebenaran merancang daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan dikenakan tindakan tegas.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid berkata pihaknya telah menjalankan pendakwaan di mahkamah terhadap pemilik tanah yang telah menjalankan aktiviti membina tempat mencuci kenderaan tanpa kebenaran.

“Pada 24 Oktober 2024 pula, Orang Kena Saman (OKS) telah hadir ke Mahkamah Majistret Majlis Bandaraya Seberang Perai dan mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM15,000.

“Sebagai tanda peringatan, MBSP ingin mengingatkan kepada seluruh warga Seberang Perai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak sewenang-wenangnya menjalankan sebarang aktiviti pemajuan tukar guna kediaman tanpa kebenaran merancang.

“(Dan) tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati menjalankan aktiviti pemajuan tukar guna kediaman tanpa kebenaran MBSP,” jelasnya lanjut.

Pada sesi yang sama, turut menasihati semua agar mematuhi kehendak notis-notis dan syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh pihak MBSP.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT